Friday, May 31, 2013

Ho Chi Minh City - Vietnam

Mak abah kt Vietnam Skrg..
29 May - 1 Jun..
waw!! animoon la gamaknyer..
hiks..
dorg ikot kakak aku yg mmg selalu ke Vietnam..
Akak aku nk travel agent, slalu la ke Ho Chi Minh City bwk org jalan2..
korg blh tgk web kakak aku :
mn la tau kan kot2 korg nk g trip jgk..
kakak aku blh sediakan pakej yg sangat berpatutan..
date pon blh ikot kesesuaian korg..
 
so, kali ni die ckp nk bwk mak abah skali..
gile ramai la die bwk trip kali ni..
xsalah aku dlm 19org kot termasuk la mak dan abh.
blh bace entry ini yer kawan2..
laporan lengkap..
huhu
 
fuhh..
aku jeles nih..
tah bile turn aku plak eh..
kemain seronok plak dorg bersoping utk baju raye..
naik river cruise..
tgk fire dance..
fuhhhh~
 
jom layan gambar2 dorg..
 

 



 





 
 

 

kemain lagi kan dorg.. fuhh..
jeles nih tahap gaban..
hahaha
bile tah nye aku nk sampai sini..
mau rambang mate..
 
kakak aku ni soping bj cotton vietnam byk2 sbb die berniaga..
otak niaga sggh die..
moge sukses selalu yer..
 
 

Tuesday, May 28, 2013

Rezeki Allah - Part 1

Alhamdulillah skrg kandungan aku genap 9 bulan..
semalam dah amik air selusuh 2 botol..
2botol?? tkt x cukup ke hape ni??
hehe..
dulu time adam pon amik ngn ustazah ni jgk..

so, all is ready..
botol susu, baju, lampin, susu,
all is done! insyaallah..
tggu ank mama dan papa ni melihat dunia je yer..

Zuriat atau anak adalah rezki yg tidak ternilai kpt pasangan  yg berkahwin..
anak adalah pekara yg di tunggu2 setiap insan yg bergelar suami dan isteri..
bagi si isteri plak, xsempurna sifatnya selagi tidak merasakan kelahiran..
insyaallah..

alhamdulillah..
sekali lagi aku mendapar rezki ini..
sekali lagi merasa nikmat sbg sorg perempuan, isteri dan ibu..

alhamdulillah..
jika ank mama ni lelaki,
mama namakan RIQZ WAIZ WAFIY
dan jika ank mama ni pompuan,
mama namakan  RAISHA NUR RANIA.
insya allah..

moga2 ank yg bakal lahir ini memberi 1001 makna..
menjadi anak yg soleh dan solehan...
amin..

Ya Allah, Kau Permudahkan segala kesulitanku..
Ya allah, Kau senangkan lah segala kepayahanku..
Ya Allah, Kau ringankan segala keberatanku..
Sesungguhnya padaMu aku memohon.

Amin..

- Sambungan Part 2 yer..


 

Rezeki Allah - Part 2

sambungan...

di sebabkan aku kenal rapat ngn ustazah ni, b4 balik kitorg borak2 la..
borak2 kosong..
ustazah: nurul kawen umor berape? skrg umur berapa?
aku: erkk..23 kot, skrg umo 27..
(tetibe lupe umo bape kawen dan pelik ngn soalan die)
ustazah : kete tu da abis bayar?
(sambil die menjuihkan mulut ke keta aku yg tgk parking kt laman rumah..)
aku: belom, lagi 5 tahun kot..
ustazah : Alhamdulillah.. Ade kereta, kawen awal, ank nk masuk 2, dpt keje elok, dapat suami baik.. ape lagi nak?? sume itu rezeki kan..
aku : (hanya tersenyum dgr ustazah membebel)
ustazah : ade org lain, smpai skrg xtemu jodoh, yg temu jodoh xtemu zuriat..
yg ade zuriat, xada rumah yg selesa.. menyewa smpai beranak pinak..
aku : sengeh2 kerang busuk kali ke 2..
Ustazah : rezki Allah itu meluas.. semua segi ada lah rezeki kalo kita melihat dari segi positif..
bersangka baik lah pada Allah.. kita ni manusia, x maksum.. ada je yg x cukup..
dah ada rumah, nk repair.. dah ada keta, nk keta lagi besar.. dah ada ank sorg, nk tambah lagi..
aku: senyum lagi..
ustazah: apa yg nurul dapat dan kecapi harini adalah sebahagian dari ape yg org lain belom dapat..
dan ape yg nurul belom kecapi dan merasai harini, adalah bahagiah org lain yg sedang menikmati
rezeki mereka, Allah maha adil..
bersyukur lah..

tiba2 azan magrib berkumandang..
aku mintak diri utk blk umah..
dlm kete aku bfikir, melayang2.. alhamdulillah.. rezki aku murah..
bersyukur padamu ya allah..
semalam papa dapat berita baik, rezki papa..
pagi td melihat status sorg kwn kt fb..
aku tau apa maksud nya.. ape yg die dan suami tggu2 kan..
nanti2 kan..
wahai kawan dan kenalan ku..
bersabarlah dlm menunggu rezki dari Nya..
Allah Maha Adil, Maha Pemurah juga Maha Mengetahui..
Jgn la kamu mengeloh, berputus asa saat melihat rakan yg lain menikmati "rezeki" mereka..
aku doakan kwn2 yg masih bujang, agar di pertemukan jodoh cepat..
aku doakan kwn2 dan pasangan yg masih belom berzuriat, di cepatkan dapat zuriat..
aku doakan kwn2 yg masih dlm keadaan susah n payah, moga cepat2 lah berakhir semua derita itu..
dan aku juga doakan kawan2 yg masih belom menutup aurat dgn sempurna, cekalkanlah hatimu utk menjaga amanah itu..
doa utk diri sendiri, moge aku iklas menjadi sorg isteri, kawan, ibu dan ank kepada keluarga.
moge aku iklas beribadat kpd Pencipta..
moga segala amal dan ibadah aku diterima Nya..
aminn..

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah..
semalam dlm kol 9 lebih aku dlm toilet..
tiba2 incik suami memekik2 panggil aku..
 
suami : ayang.. ayang..oo yang!! tgk ni..tgk ni.. (siap tolak pintu toilet tau)
aku: yer2.. (dlm otak pk kan adam, ingt adam kena hempap monitor imac papa die lg)
 
bila pintu toilet terbukak, die tunjukan hp die, email yg die terima..
"....Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, 6/6/2013 - 9.00am.."
 
lbh krg mcm tu la bunyinya..
sbb aku xbape nmpk.. kecik ngat tulisan nyer..
huhu..
 
Alhamdulillah..
syukur..
gembira sangat hati ku melihat incik suami malam semalam..
aku tau.. dah lama die tunggu berita ini..
dah lama dia tunggu penghargaan ini..
pengiktirafan ini..
sebab, segala penat lelah dan komitment nya pada kerja dan majikan tanpa mengira waktu..
kekadang hari cuti, sabtu dan ahad pon terpaksa kerja..
makmal nk install itu la, setup ini la..
nak wiring itu la, nk pasang ekon la..
fuhh..
so, aku ni redha je la bile hari bsama family terpaksa di gadaikan..
--..--"
 
Alhamdulillah..
rezki Allah itu pasti..
Usaha itu penting..
cepat atau lambat,
bila Allah dah janjikan rezki itu milik kita,
pasti ia akan dtg kpd kite..
ini rezki anak2..
rezki keluarga..
 
Keratan surat secara rasmi.. =)
tahniah selaki lagi..
moga papa sentiasa cemerlang utk keluarga, bangsa dan agama..
amin..

"..setiap kejayaan sorg lelaki, adalah sorg wanita pendorong kejayaan nya.."
(tetiba je kua pepatah ini.. nk jgk kan amik point.. :p)

interframe skit family photo.. (bln dpn akn tmbt sorg lg.. =)
 

Monday, May 27, 2013

BB Plus Collagen



Setiap manusia inginkan kesempurnaan. Baik lelaki mahupon perempuan. tapi, perempuan lebih obses kepada kecantikan. tanya la mana2 perempuan pun, pasti nya mereka inginkan wajah mereka cantik dan sentiasa kelihatan muda remaja..
 
Kecantikan luaran adalah bermula dari dalam.. jika dalaman cantik, sehat maka luaran nya juga begitu. xada la nampak muka kusam, lesu, dan pucat kan kalau cukup rehat, cukup nutrisi, cukup keparluan dalaman.
 
Ramai yang mengatakan proses penuaan bermula dlm lingkungan umur 30an.. tapi jgn tidak anda ketahui.. jika anta tidak menjaga kesihatan dari awal, umur anda 27 tahun pon org akan kata anda umur 35tahun.. owhh.. mimpi nyeri kan... orang jawa timur plak dah start amakkan da asuh ank2 mereka makan jamu dan herba2 sejak dari umur 21 tahun.. sbb tu kulit mereka nmpk halus dan mulus..
 
KENAPA PERLU MEMILIH BB PLUS COLLAGEN??
 
7 Hasil Kulit Cantik dengan BB Plus Collagen
* Kulit wajah berseri dan cerah
* Kulit lebih anjal dan tegang
* Kulit lebih halus dan gebu
* Kulit lebih lembab
* Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
* Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
* Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Ok, kalau care pasal kulit anda dan penuaan yang bakal berlaku, bace sket info kat bawah ni ye :)

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Bagaimana BB Plus Bertindak?

Mod tiga tindakan:
1. Memulih -
Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina -
Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -
 Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.
CARA PENGAMBILAN
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.

Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.
RAMUAN UTAMA
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.
 
Jangan ingat Collagen ni untuk pompuan je tau. Lelaki pon boleh makan BB Plus Collagen ni. Kulit lelaki kan kasar sket berbanding pompuan, so, amalkan la makan collagen ni, at least takdelah tebal dan kasar sangat kulit kat siku, lutut tu..
 
Lagi satu, Collagen juga elok untuk kesihatan lelaki. Pengambilan Collagen hari-hari membantu memekatkan air mani.. penting tu, untuk mendapatkan zuriat..
 
 
 
sekotak = RM 180
postage = RM 6
** beli 3 kotak, Free 1 kotak
(boleh share2 ngn kawan opis)
 
boleh hubungi:
whatsap, wechat : 012-989 4344
BBM : 28038FC6
FB : https://www.facebook.com/farida.adiraf0107
 
 

Sabun Marine Essence Beauty

Marine Essence Beauty Bar atau senang dan mesra dikenali sebagai Sabun Pemutik Ketiak..
:)
Sabun ini bertindak utk mencerahkan ketiak, dapat mencerahkan bahagian pelipat2 seperti peha dan belakang tengkok bagi org yg berbadan "sehat" 
kebiasaan nya tmpt2 spt itu jarang di beri perhatian dan kurang di sental ketika mandi dan menyebabkan kulit menjadi sedikit gelap.
Kadang-kadang faktor hormon pon boleh menyebabkan kulit bahagian2 tu gelap. sesuai juga di gunakan bagi ibu2 mengandung. kerana ketika mengandung, terdapat bahagia2 tertentu menjadi sedikit gelap. so, sabun pencerah ni selamat di gunakan utk ibu2 yang sedang hamil.
Sabun ni memgandungi garam buluh (apa itu garam buluh?? nantikan entry sy seterusnya).  kaya dengan garam mineral and sebagai antioksidan untuk kulit. Bagus untuk kulit sensitif, eczema dan sebagainye.
Baby dan kanak2 pon sesuai. Especially yang cepat kene ruam atau gatal-gatal tu. ada ibu2 yg pakai sabun Sebamed. tp Sebamed bar tu cepat mengembang jika terkena air.. sentiasa kene "tos" kan or letakkan di lempat yang kering.
Sabun ni ade 3 bar dalam satu kotak. jika nak lebih jimat dan berekonomi, anna blh memotong sabun berkenaan kpd saiz yg tertentu. lebih jimat atau boleh try2 dulu kan.or nk share2 ngan kawan2 pon boleh jugak..
1 Kotak ( 3 Bar) = Rm105
1 bar Sabun = RM38/COD RM40
Postage SM = RM8 /ss Rm10
Jika berminat boleh whatsap / SMS/ Call/ WeChat 012-989 4344 - NURUL


Kulit Cantik Berseri Dengan Satu Bar Kecantikan!
Tampil Yakin Dengan Kulit Sebenar Anda!




Anda blh guna kan sabun ini utk mengilangkan "gangguan-gangguan" tersebut..

JERAWAT PASIR DI BELAKANG BADAN

BAHAGIAN KETIAK
BAHAGIAN BELAKANG TENGKOK

 KANAK-KANAK YANG MENGALAMI RUAM DAN ALAHAN
Bahan-Bahan Utama
Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.


Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.


Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.


Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.


Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.


Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit

- Merupakan pelembap kulit yang terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Cara Guna
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Penyimpanan
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

Perhatian

Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.

Kalau dah abis, then boleh order lagi :)
012-989 4344 - Nurul

Bisnes Online

Assalamualaikum..
 
tiba masa nya kini giliran aku plak menterjebakkan diri dalam bis online..
alhamdulillah..
mmg x dinafikan bis omline makin menjadi2 bagai cendawan tumbunh lepas hujan..
tapi, percayalah, rezki Allah itu ada dimana2..
dan setiap org yg berkerja kuat tanpa melihat penat lelah, akan membuahkan hasil..
 
kawan2 aku da lame msk ke online bis ni..
ada yg jual baju baby, product kesihatan, product kecantikan..
 
Jue: jual baju2 baby
 
Syiha: jual Product Shaklee
 
Erah: jual product kecantikan
 
kakak aku, my mentor da n sifu.
 
 
senang2 nnt, korg jengok2 la yer fb wan web dorg..
 
so, tanpa berlengah lagi.
 sabtu lepas, aku secara rasmi nya mendaftar kan nama di Hai O Marketing.
nak tampbah pendapatan bulanan kate nyer..
:)
maklom la, ank da nk masuk 2..
bertambah lagi perbelanjaan bulanan..
nak register insuren utk baby baby, susu, pempers, asuhan ank lg..
mmg xmencukupi kalo nk mharapkan gaji tetap yg masuk tiap2 bulan..
 
dan skrg mentor aku adalah kakak aku sendiri..
fuhh.. die ni mmg hebat..
nk cerita pasal perjalanan hidup die dgn online biz ni mmg xabis patploh ari patpoh mlm la..
tp, die mmg stat ngn jualan baju baby..
 
dan sekarang makin berkembang ngn produst kesihatan dan kecantikan dari Hai O Marketing..
xda org x kenal ngn HAi O kan..
 
Hai O Banyak keluarkan product. antaranya:-
Primium Beautiful Korset, Penapis Air Bio Aura, BB Plus Collagen, garam buluh dan paling top skrg Sabun Marine Assence..
 
okey.. ini saja mukadimah yg sempat aku update yer..
nanti ade kelapangan masa, akan aku update lagi..
 
"Ya Allah, permudahkan segala urusan hamba2 mu dalam mencari rezki yg halal dan di radhai mu.."




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...