Friday, March 30, 2012
hah, sudah hampir..
arini 30hb march kan.. tadi clark yg company loyer call, cakap rumah aku da dapat kelulusan dari menteri Besar Pahang.. mmg dulu di janji kelulusan tu akn dpt selewat2 nye bulan 3..
so, mmg msk je bln 3, aku da kecoh.. aku ca call2 loyer tu tny pasal kelulusan tuh.. "jnji bulan 3, skrg da bln 3 nape tuan cakap status panding lg.. tuan xlah la jnji ngn client mcm ni.." die cakap... " saba puan, pihak kita da hantar kt pejabat MB.... bla bla bla.. utk mendapat kan kelulusan ni mmg mkn masa yg lama.. ade client yg terpaksa tunggu bertahun2 baru dapat lulus.. itu bergantung pada MB.." haihh.. mengeloh la aku dengar.. da pk mcm xdan je nk beraye rumah baru.. hukhuk..
tapi, arini die call.. yaahooo...!!! alhamdulillah... impian aku dah hampir menjadi kenyataan.. Syukur pada mu Ya Allah atas rezki yg kau berikan pada aku dan keluarga.. rumah ku syurga ku.. yeahh!! loyer cakap 2 3 bln lagi blh setel la sume hal.. than, mayb dlm bln 5 or bln 6 blh msk dah rumah idaman aku tuh..
wahhh, seronok nyer... hummm...xsabar... tp nk kene renovate dulu rumah tu.. banyak yg rosak.. nk cat, nk buat kichen kabinet n siling kapor.. itu adalah hasrat pertama aku dr kecik, kalo ade rumah sndr.. heee... nak deco2 rumah.. wahh.. seronok nye.. nk ada kolam ikan guppy!! yeahhh! hahah.. hadoii.. banyak nih bajet kne kluar.. tp, stakat ni.. buat ape yg penting n termampu je la kan.. kalo sume nk buat.. duit 1 bank pon x cukup.. hehehe...
tunggu n lihat hasil nya.. daaa..~
Friday, March 23, 2012
9.4.5 my bff wedding~
sambungan.....
tp, aku sentiasa mendoakan kebahagian ko dunia juge akhirat.. kite xkan terpisah jauh.. hikhik.. nyanyi lagu "aishiteru" skit.. walau dgn sape pon jodoh ko tu.. aku akn tetap mendoakan dia adalah peneman utk mu sepanjang kehidupan mu.. tp ternyate.. die mmg lelaki itu.. die jugak jodoh ko kan.. haihh.. benci..
di hari pernikahan mu, saat kau di ijab kabul kan.. terdetik hati ini.. "kalo menitis lg air mate kwn aku ini, siap ko!!! (pengantin lelaki)" hee.. manis sggh kwn aku bbaju putih.. nampak bseri2.. begitu jugak ngn lelaki tu.. debaran pasti terase dlm ati masing2... 2x lafaz.. sah! kau da jd isteri lelaki itu.. lelaki yg aku xsuke itu sah mjadi peneman mu sepanjang kehidupan mu.. hishh! bergenang air mata aku kegembiraan.. gembira, akhirnya bersatu juge.. "nyanyi skit lagu "berdua bersatu" hehe.. Alhamdulillah.. segale nya da selamat n selesai..
moga kau tabah menjalani hidup sbg isteri yg byk onak dan duri.. kne slalu tanam sikap sabar, bertanggungjawab, bertolak angsur n prihatin.. wah.. pandai aku bkata2.. hehe.. ingat lah.. hidup berumahtangga ini bkn mudah spt yg di lihat.. x ringan seperti yg di pandang.. tiada bahtera yg x di pukul ombak bila di lautan.. begitu juga ngn idop ini.. insyaallah, yang tbaik itu dtg dari Nya..
hah, adiah aku kasi kt korg tu plg special.. beli mcm lain, pastu aku deco sndr tau.. malam b4 bertolak ke KT baru siap deco.. n proses membungkus siap kol 1 pagi.. hohoho.. aku kan suke wat keje last minit.. kalo ikot kan, aku nk bungkus bile sampai kt KT nanti.. tp ktk xsempat or byk keje plak.. so, mlm tu jgk tpakse buat smpai siap.. aku harap ko suke.. aku ada setiap saat di sisi kau.. aku pilih adiah tu sbb nk ko slalu pandang bnde tu, n ingt aku slalu ade.. hihi.. n itu yg paling sesuai utk ganti kan diri aku.. aku tau kau suke..
Alhamdulillah sekali lg.. Allah dah kembalikan kau pd aku.. (YTTJ)
:: sekitar majlis persandingan yg da tersangat lewat.. lihat lah ragam ank aku yg rimas dan x keruan tu.. kiri xkena.. kanan pon xkena.. macam2 gaye da die buat.. so.. mmg terpaksa mengalah la bile "bos kecik" cakap sy da rimas.. huu.. jadi.. xder la gambar yg di snap bsame pengantin lelaki.. dan, kat atas tu hantaran dr pihak pengantin ppuan kpt pengantin llaki yg aku xsuke tu.. hihohiho..hantaran utk pihak lelaki kpd pihak ppuan belom sampai la.. okey, yg berbaju kurung biru n berkemeja biru serta songkot itu abah n mak aku.. ::
::: kereta ku yg bonet nye sarat dgn hadiah2 utk pengantin.. huuu.. kene beli kereta besar lagi ni nampak gaya nye.. hihih.. halamak.. ank aku ni susah betol nk pandang camera.. hadoii.. cik pengantin plak yg beria sengeh smpai ke telinga.. macam da xsaba jer nk tggu.. hehehe... :::
:: ini sekitar majlis akadnikah yg berlaku di masjid yg terletak di hadapan rumah pengantin ppuan.. dekat je pon.. penagtin lelaki nmpk mcm berdebar2.. pengantin ppuan stay lg dok sengeh2.. mcm gatai plak aku tgk pengatin ppuan nih... ishh.. bawak bersabar la skit... soo..akhirnya, drg 2x lafaz.. sah la jd bini org.. pas je pengatin bangun dr alas duduk, ank aku plak amik tempat.. hahah.. golek2 baekk pny atas alas yg gebu tuh.. hohoho... (mase mama die kawen, die xnmpk kot alas tu..) ::: ;p
::: orite.. dis is my lovly asben n son wif banner si pengantin yg picture ny kt banner yg sangat santai.. macam baru balik g mancing udang blkg umah je.. huhu.. kwn2 yg nk kawen nnt, jgn buat banner mcm ni yer.. biar la c pengantin ni je yg banner die mcm ni.. ekekeke...
(sory ye pengantin) :::
Thursday, March 22, 2012
ALAM RUMAH TANGGA~ amalkan.. insyaallah..
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. (dulu2 waktu bercinta boleh kan..)
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. (jgn kuat xtau saja bila nampak suami/isteri muram)
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. (jika Bpisah, lama-lama perasaan sayang boleh terhakis)
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. (paling penting)
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. (walaupon xmampu utk beli barang2 yang mahal.. cukup lah dgn membeli ssuatu yg sngt di gemari nya.. cth: choclate, kad, taddy bear)
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. (perlu sedikit mengunkit jiga pasangan mula lupa tentang perngorbanan masing)
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Thursday, March 1, 2012
ALAM RUMAH TANGGA~
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah... mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAKCintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)