Tuesday, February 19, 2013

20 Tahun Penjara??



"KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini ...selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.
Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak.."


SUMBER - FACEBOOK


Susulan dari Kes Baby Hareez..

Pembantu rumah tuh di jatuhi hukuman penjara selama 20 Tahun.. tapi 20 tahun je ke? berbaloi kah ape yg die buat pada baby hareez? kalo baby kembali normal tanpa ada sebarang kecacatan (mintak di jauhkan) xape la jugak.. tapi? dah di perlakukan sedemikian rupe? xkan langsung pon xada kesan kan..

aku rase tersangat x setimpal hukuman yg die terima..

perbuatan si amah ni cukup2 memberi kasan pada sume rakyat malaysia malah mayby satu dinia merasai penangan die kot.. humm..

Amah ni mengaku bersalah terhadap 2 pertuduhan yg telah di baca..
bila terjadi kes2 mcm ni, apa kate Kerajaan indonesia yg selalu menuduh majikan mendera amah?
lagi dorg nk demand? mintak di naik kan gaji, mintak kemudahan itu ini?? walhal, kerajaan mesia dah kasi kemudahan, peluang pekerjaan, mencari rezki di sini tanpa ganguan (jika cucup syarat).
lagi mau banyak bunyi ka??

## besar dugaan dan ujian Allah pada Hareez dan keluarga..

Thursday, February 14, 2013

Minta di hargai~

 
fuhh.. penat..
tugas sorg isteri, ibu, mak..
xpernah habis.. 24jam bekerja..
dari mata terbuka, sampai la terpejam..
kdg2 pejam pon kene dodoikan anak..
sanagt2 harap dan bertuah jika punyai sorg suami yg sngt memahami...
 
SUMBER - Dari Facebook

Thursday, February 7, 2013

Emak, Mama, Bunda, Ibu kasih yg xternilai


Ya Allah.. sungguh terkesan dlm sanubari ku bile membaca cerita ini.. 3x baca tetap menitis kan air mata.. walopon xpasti ianya hanya rekaan atau sebuah kisah benar, tp aku hanye ingin abadikan di dlm blog aku ni..
 
humm.. aku syg kamu bunda..
 
KASIH IBU SAMPAI KE MATI...

“Nurse...boleh tengok bayi saya..” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengan dan tidak kepada seorang jururawat . Sambil tersenyum jururawat membawa bayi yang masih merah itu. Si Ibu menyambutnya de...ngan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si Ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya Cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.

Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus Berlalu.....

Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan “Mereka kata saya cacat.....” katanya kepada si Ibu.

Si Ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Dua tahun berlalu....

“Anakku...kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi.......dia mahu dirinya dirahsiakan....” kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru-kacak serta bijak. Pelajaranya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

“Tak mungkin,” balas si ayah.

“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya..... tanyalah siapa pun kenalannya.”

MORAL OF THE STORY...
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi dihati...cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebahkan-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui..

Kasih sayang Ibubapa walaupun tidak ditunjukkan di depan mata......tetapi hanya meninggalkan satu kesan kenangan yang abadi dan tidak dapat lupakan... itu lah kasih sayang tanpa pengucapan....yang akan sentiasa diingati oleh anak sampai bila2...

Selagi masih punya kesempatan jangan sia-siakan peluang yang ada. Bagi yang telah tiada ibubapa kirimkan doa sebagai pengganti kasih dan sayang kita. Mana mungkin akan terputus kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak-anak nya. Nilai kasih seorang ibu itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit.

Sorg ibu pernah berkata, apabila kamu sudah punyai anak dan keluarga sendiri, kamu pasti akan merasai bagaimana susah senang dan perasaan seorang ibu...
 
SUMBER


nota iklas~
***** bunda, walopon sesekali aku ada meninggi kan suara, tp percayalah xterniat pon utk melukakan hati mu..
***** bunda, walaupon sesekali tingkah laku ku menguris perasaan mu, percayalah itu tidak aku sengajakan..
***** bunda, walaupon sesekali aku memberontak dgn sikap mu, tp percayalah aku tersalah tafsir dgn cara mu..
***** bunda, hanya kamu yg aku miliki.. sejauh mn pon aku lari dr penglihatan mu, sejauh mn pon aku pergi meninggalkan mu, aku tetap akan kembali mencari mu..

Wahai Suami~

::Pesanan Buat Suami::

 
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama t...erpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
 
SUMBER  - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...