Ya Allah.. sungguh terkesan dlm sanubari ku bile membaca cerita ini.. 3x baca tetap menitis kan air mata.. walopon xpasti ianya hanya rekaan atau sebuah kisah benar, tp aku hanye ingin abadikan di dlm blog aku ni..
humm.. aku syg kamu bunda..
KASIH IBU SAMPAI KE MATI...
“Nurse...boleh tengok bayi saya..” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengan dan tidak kepada seorang jururawat . Sambil tersenyum jururawat membawa bayi yang masih merah itu. Si Ibu menyambutnya de...ngan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si Ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya Cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus Berlalu.....
Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan “Mereka kata saya cacat.....” katanya kepada si Ibu.
Si Ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Dua tahun berlalu....
“Anakku...kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi.......dia mahu dirinya dirahsiakan....” kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru-kacak serta bijak. Pelajaranya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.
“Tak mungkin,” balas si ayah.
“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.
Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya..... tanyalah siapa pun kenalannya.”
MORAL OF THE STORY...
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi dihati...cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebahkan-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui..
Kasih sayang Ibubapa walaupun tidak ditunjukkan di depan mata......tetapi hanya meninggalkan satu kesan kenangan yang abadi dan tidak dapat lupakan... itu lah kasih sayang tanpa pengucapan....yang akan sentiasa diingati oleh anak sampai bila2...
Selagi masih punya kesempatan jangan sia-siakan peluang yang ada. Bagi yang telah tiada ibubapa kirimkan doa sebagai pengganti kasih dan sayang kita. Mana mungkin akan terputus kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak-anak nya. Nilai kasih seorang ibu itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit.
Sorg ibu pernah berkata, apabila kamu sudah punyai anak dan keluarga sendiri, kamu pasti akan merasai bagaimana susah senang dan perasaan seorang ibu...

nota iklas~
***** bunda, walopon sesekali aku ada meninggi kan suara, tp percayalah xterniat pon utk melukakan hati mu..
***** bunda, walaupon sesekali tingkah laku ku menguris perasaan mu, percayalah itu tidak aku sengajakan..
***** bunda, walaupon sesekali aku memberontak dgn sikap mu, tp percayalah aku tersalah tafsir dgn cara mu..
***** bunda, hanya kamu yg aku miliki.. sejauh mn pon aku lari dr penglihatan mu, sejauh mn pon aku pergi meninggalkan mu, aku tetap akan kembali mencari mu..
No comments:
Post a Comment