Friday, August 3, 2012
Dekat, Tapi Jauh
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membli gula, namun tidak pulang-pulang...
SUAMI: Encik...isteri saya hilang...
POLIS: Sudah berapa lama isteri encik keluar ?
SUAMI: Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot.
POLIS: Dia pakai baju warna apa?
SUAMI: Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu.
POLIS: Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?
SUAMI: Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula.
POLIS: (Polis tersebut menggelengkan kepala) Isteri encik keluar dengan kereta persendirian ?
SUAMI: Ya encik, dia keluar dengan menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalaman kereta saya berwarna hitam.
POLIS: Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik..
(kata polis menamatkan sessi soal siasat)
MORAL OF THE STORY.
Adakah ada ketikanya material lebih mudah untuk kita terangkan ciri-cirinya secara details berbanding insan yang kita sayangi...
Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda.Mengenali untuk menyayangi bukan untuk mencari benci...
Renungkanlah Hadis Rasulullah SAW ini...
Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah (suami ) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”
- Hadis Riwayat at-Tirmidzi
***************************************************************************
Tibe2 nurul tertarik ngn sketsa ni.. walau hanya rekaan semata-mata, hanya satu lakunan..
tapi ianya memberi kesan yg mendalam.. masakan tidak, walau kite duduk sebumbung dengan pasangan kite, sebilik, sekatil, malahan sebantal.. tapi pernah x kita renung dan tenung muka pasangan kite??
agak2 kalo anda semua di tanya tentang perihal pasangan, barapa yg akan betul dgn jawapan anda?
sbg contoh, kalau di tanya,
"apakah warna pasangan anda?" atau "berapa bijik tahi lalat yg ada pada muka pasangan anda?"
agak nya, tepat x jawapan anda?
jadi.. masih belum terlewat utk merenung, dan mendekati pasangan anda..
kenali lah pasangan anda sedalam-dalam nya..
hargailah org2 yg tersayang selagi mereka masih di sisi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment